Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA PERBADANAN STADIUM MALAYSIA ACT 2010

Seksyen 39

Segala perbuatan dan perkara yang dilakukan bagi pihak

Perbadanan sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan itu selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat daripada tindakan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengannya hendaklah, setelah Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai hak dan obligasi Perbadanan.