Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 566
“deposit” ertinya deposit yang diterima oleh Perbadanan di bawah seksyen 11;
“institusi pendidikan tinggi” ertinya―
(a)
sesuatu institusi pengajian yang menyediakan pendidikan yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau yang setaraf dengan diploma atau ijazah yang ditubuhkan di bawah―
(i)
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30];
(ii)
Akta Institut Teknologi MARA 1976 [Akta 173]; dan
(iii)
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
[Akta 555];
(b)
politeknik yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]; dan
(c)
mana-mana institusi pendidikan tinggi lain yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan yang ditentukan oleh
Menteri sebagai suatu institusi pendidikan tinggi bagi maksud
Akta ini.
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;
“Ketua Eksekutif” ertinya pegawai eksekutif utama Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 33;
“Kumpulan Wang” ertinya Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;
“Lembaga Hasil Dalam Negeri” ertinya Lembaga Hasil Dalam
Negeri Malaysia yang ditubuhkan di bawah sekyen 3 Akta Lembaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533];
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 9
“Menteri”
ertinya
Menteri yang bertanggungjawab bagi
Pengajian Tinggi;
“pelajar” ertinya seseorang yang menerima apa-apa jenis pendidikan, pengajaran atau latihan sepenuh masa atau separuh masa daripada atau di sesuatu institusi pendidikan tinggi;
“pelajar penerima” ertinya seseorang pelajar yang kepadanya telah diluluskan, dan yang menerima, suatu pinjaman pendidikan di bawah Akta ini;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 7(2)(a);
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;
“pinjaman pendidikan” ertinya pinjaman yang diluluskan dan dibayar oleh Perbadanan kepada pelajar di bawah Akta ini.