Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997

Seksyen 3

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada―

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan bagi maksud Akta ini;

(b)

segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Perbadanan;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

(c)

deposit yang diterima oleh Perbadanan di bawah seksyen 11;

(d)

wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;

(e)

fi atau caj lain yang dikenakan oleh Perbadanan di bawah

Akta ini;

(f)

apa-apa wang sebagaimana yang boleh dibayar dari semasa ke semasa kepada Perbadanan daripada apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh

Perbadanan, dan segala wang yang dari semasa ke semasa kena dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan, termasuk pinjaman pendidikan, yang diberikan daripada Kumpulan Wang;

(g)

wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 14;

(h)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak oleh Perbadanan;

(i)

wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada

Perbadanan;

(j)

semua wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa atau kewajipan-kewajipannya; dan

(k)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh

Perbadanan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 11

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang