Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya.
(3)
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan, atas apa-apa terma yang difikirkan patut, boleh―
(a)
membuat kontrak;
(b)
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
(c)
memindahkan, menyerahakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahakkan semula, memindahmilikkan, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai―
(i)
apa-apa harta alih atau tak alih; dan
(ii)
apa-apa kepentingan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Perbadanan.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 13
Meterai perbadanan