Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Ketua Eksekutif dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Perbadanan secara bertulis.
(3)
Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang sekiranya disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Perbadanan, dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak
Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu.
(5)
Meterai perbadanan Perbadanan hendaklah diiktiraf secara rasmi dan kehakiman.
Lembaga Pengurusan