Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Maka adalah ditubuhkan Lembaga Pengurusan Perbadanan yang hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi
Perbadanan.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 566
(2)
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Pengerusi;
(b)
Peguam Negara atau wakilnya;
(c)
Ketua Setiausaha Negara Kementerian Kewangan atau wakilnya;
(d)
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi atau wakilnya;
(da) Ketua
Setiausaha
Kementerian
Pelajaran atau wakilnya;
(e)
ketua pegawai eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri atau wakilnya;
(f)
Ketua Eksekutif; dan
(g)
tidak lebih daripada lima orang anggota yang lain.
(3)
Pengerusi dan anggota Lembaga di bawah perenggan 2(g)
hendaklah dilantik oleh Menteri.
(4)
Pengerusi dan anggota
Lembaga di bawah perenggan (2)(g) hendaklah terdiri daripada kalangan orang yang berjaya, mempunyai kedudukan dan berpengalaman dalam bidang akademik atau daripada kalangan profesional yang mempunyai pengalaman yang relevan dalam hal-hal pendidikan, kewangan atau komersial.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 15
Anggota silih ganti