Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pindaan seksyen 11
(a)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut:
“(ii) dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit; atau”; dan
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1537
(ii)
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) berhubung dengan barang strategik selain senjata atau bahan yang berkaitan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(4) Berhubung dengan barang strategik, subseksyen (1) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang terlibat semata-mata dalam penyediaan perkhidmatan sampingan yang berikut:
(a)
pengangkutan;
(b)
perkhidmatan kewangan;
(c)
insurans atau insurans semula;
(d)
iklan umum; atau
(e)
apa-apa perkhidmatan sampingan lain yang ditentukan oleh Pengawal.”.
Pindaan seksyen 12