Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK (PINDAAN) 2017

Seksyen 6

Seksyen 12 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“untuk mengeksport barang tidak tersenarai itu sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum pengeksportan

Perdagangan Strategik (Pindaan)

11

itu” dengan perkataan “untuk mengeksport, memindahkan atau membawa dalam transit barang tidak tersenarai itu sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit itu”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“sama ada untuk membenarkan pengeksportan itu diteruskan atau tidak” dengan perkataan “sama ada untuk membenarkan pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit itu diteruskan atau tidak”;

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“pengeksportan itu” dengan perkataan “pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit itu”; dan

(d)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dalam perenggan (a)—

(A)

dalam subperenggan (i), dengan menggantikan subsubperenggan (B) dengan subsubperenggan yang berikut:

“(B) dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit;

atau”; dan

(B)

dalam subperenggan (ii), dengan menggantikan perkataan “dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun atau dengan denda tidak kurang daripada lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak sepuluh

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1537

juta ringgit” dengan perkataan “dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit”;

dan

(ii)

dalam perenggan (b)—

(A)

dalam subperenggan (i), dengan menggantikan perkataan “dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau dengan denda tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua puluh juta ringgit” dengan perkataan “dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi dua puluh juta ringgit”; dan

(B)

dalam subperenggan (ii), dengan menggantikan perkataan “dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun atau dengan denda tidak kurang daripada lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak sepuluh juta ringgit” dengan perkataan “dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit”.

Perdagangan Strategik (Pindaan)

13

Seksyen baharu 12a

Section 6 — AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK (PINDAAN) 2017