Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 12
seksyen yang berikut:
“Anggapan tentang eksport 12a. (1) Berhubung dengan eksport, apa-apa barang, barang strategik atau barang tidak tersenarai hendaklah disifatkan dibawa atau menyebabkan dibawa keluar dari Malaysia jika barang itu—
(a)
telah dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak di stesen kastam terakhir dalam laluannya keluar dari Malaysia;
(b)
telah dimuatkan ke dalam suatu pengangkutan yang hampir berlepas dari suatu pelabuhan atau tempat di Malaysia; atau
(c)
telah dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak di depoh pelepasan dalam negeri atau di stesen kastam dalam negeri dalam laluannya keluar dari Malaysia melalui suatu pelabuhan atau lapangan terbang kastam.
(2)
Dalam seksyen ini, “lapangan terbang kastam”,
“pelabuhan kastam”, “depoh pelepasan dalam negeri” dan
“pegawai kastam yang hak” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Kastam 1967 [Akta 235].”.
Pindaan seksyen 14