Malaysia legislation

Section 56

of AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI 1983

Seksyen 56

Kecuali bagi maksud hendak menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini, atau setukat mana yang dikehendaki bagi maksud sesuatu prosiding, sivil atau jenayah. seorang juruaudit bebas, seseorang atau kumpulan orang yang dilantik oleh'/Menteri di bawah sekyen 52 atau 53 dan seseorang pekerja bagi juruaudit bebas, orang atau kumpulan orang itu tidak boleh memberi tahu apa-apa perkara yang mungkin diketahun olehnya semasa menjalankan kewajipan-kewajipan sebagai seorang juruaudit bebas, seseorang atau kumpulan orang atau pekerja itu kepada mana-mana orang lain daripada'/Menteri atau mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Menteri dan, mengenai seseorang pekerja, kepada mana-mana orang lain daripada juruaudit yang mengambil dia bekerja.