Malaysia legislation

Section 57

of AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI 1983

Seksyen 57

(a)

seseorang peniaga dan, jika peniaga itu menjalankan urusan secara perkongsian, lain-lain anggota perkongsian itu dan jika peniaga itu adalah suatu perbadanan, mana-mana pengaah. pegawai eksekutif atau setiausaha perbadanan itu dan pekerja-pekerja dan ejen-ejen peniaga itu hendaklah mengemukakan apa-apa buku. akaun dan rekod peniaga itu dan sekuriti yang dipegang oleh peniaga itu berhubungan sergan urusannya; dan

(b)

seseorang juruaudit yang dilantik oleh seorang peniaga hendaklah mengemukakan apa-apa buku, akaun dan rekod yang dipegang olehnya berhubungan dengan urusan peniaga itu.

(2)

Seseorang peniaga dan jika peniaga itu menjalankan urusan secara perkongsian, lain-lain anggota perkongsian itu dan jika peniaga itu adalah suatu perbadanan mana mana pengarah, pegawai eksekutif atau setiausaha perbadanan itu dan pekerja-pekerja dan ejen-ejen peniaga itu/dan mana-mana juruaudit yang dilantik oleh/peniaga itu, hendaklah menjawab semua soalan berkaitan dengan sesuatu pemeriksaan dan pengauditan yang dikemukakan kepadanya oleh seorang juruaudit bebas, seseorang atau kumpulan orang yang dilantik oleh/ Menteri di bawah seksyen 71 atau 72 atau oleh seseorang yang mengemukakan suatu kebenaran bertulis bagi maksud itu yang diberi di bawah paragraf (c) seksyen 55.

(b)

menghantar atau cuba menghantar atau berkomplot dengan seseorang lain hendak menghantar ke luar Malaysia sesuatu buku, akaun,rekod atau suratan itu atau apa-apa jenis harta kepunyaan seseorangpeniaga atau dalam pelupusan atau di bawah kawalan seseorangpeniaga,

(3)

Seseorang yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan-peruntukan subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan dendaatau penjara selama tempoh tidak lebih daripadadua tahun atau kedua-duanya.

Section 57 — AKTA PERINDUSTRIAN SEKURITI 1983 | mylaw.my