Malaysia legislation
Section 2
of AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“institusi” ertinya suatu badan, entiti atau organisasi yang menjalankan prosiding;
“Konvensyen” ertinya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang
Terhasil daripada Pengantaraan;
“Mahkamah Tinggi” ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya dan
Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau mana-mana satu daripadanya, mengikut kehendak keadaan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang;
“Negara” ertinya suatu Negara yang berdaulat dan bukan suatu negeri komponen di Malaysia;
Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan 7
“pengantara” ertinya seseorang yang dilantik oleh pihak-pihak kepada pengantaraan untuk membantu pihak-pihak itu untuk mencapai penyelesaian secara baik bagi pertikaiannya;
“pengantaraan” ertinya suatu proses, tanpa mengira ungkapan yang digunakan atau asas yang berdasarkannya proses itu dijalankan, yang melaluinya dua atau lebih pihak-pihak kepada pengantaraan cuba untuk mencapai penyelesaian secara baik bagi pertikaian komersialnya dengan bantuan seseorang pengantara;
“perjanjian penyelesaian” ertinya suatu perjanjian secara bertulis yang terhasil daripada pengantaraan dan dipersetujui antara pihak-pihak kepada pengantaraan itu bagi penyelesaian suatu pertikaian komersial;
“perjanjian penyelesaian antarabangsa” ertinya suatu perjanjian penyelesaian yang baginya Akta ini terpakai sebagaimana yang disebut dalam seksyen 3;
“pihak” atau “pihak-pihak” ertinya suatu pihak atau pihak-pihak kepada suatu perjanjian penyelesaian antarabangsa, tetapi tidak termasuk pengantara yang membantu pihak atau pihak-pihak kepada pengantaraan yang menghasilkan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu;
“prosiding” ertinya apa-apa prosiding daripada jenis sivil dan termasuklah apa-apa permohonan yang dibuat pada mana-mana peringkat prosiding itu;
“tandatangan” termasuklah tandatangan elektronik sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perdagangan Elektronik 2006
[Akta 658].