Malaysia legislation
Section 6
of AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026
Seksyen 6
Jika perjanjian penyelesaian antarabangsa yang berkenaan adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris, pihak yang membuat permohonan supaya suatu perjanjian penyelesaian antarabangsa direkodkan sebagai suatu perintah
Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen 4(1), atau pihak yang berhasrat untuk mengemukakan suatu perjanjian penyelesaian antarabangsa sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah atau institusi di bawah subseksyen 5(2), hendaklah membekalkan kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana mahkamah lain atau institusi, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu terjemahan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu yang diperakui dengan sempurnanya dalam bahasa Inggeris.
Alasan untuk menolak permohonan bagi penguatkuasaan dan penerimaan perjanjian penyelesaian antarabangsa