Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026

Seksyen 5

(2)

Suatu pihak kepada perjanjian penyelesaian antarabangsa yang berhasrat untuk mengemukakan perjanjian penyelesaian antarabangsa itu sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah atau institusi hendaklah mengemukakan kepada mahkamah atau institusi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dokumen dan keterangan yang berikut:

(a)

perjanjian penyelesaian antarabangsa asal atau salinan perjanjian itu yang diperakui dengan sempurnanya yang ditandatangani oleh pihak-pihak; dan

(b)

keterangan bahawa perjanjian penyelesaian antarabangsa itu terhasil daripada pengantaraan, seperti—

(i)

tandatangan pengantara yang membantu pihak-pihak kepada pengantaraan itu pada perjanjian penyelesaian antarabangsa itu;

Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa yang Terhasil daripada Pengantaraan 11

(ii)

suatu dokumen yang ditandatangani oleh pengantara yang mengesahkan bahawa pengantaraan itu telah dijalankan; atau

(iii)

suatu aku saksi oleh badan atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan pengantaraan itu.

(3)

Dalam ketiadaan keterangan yang disebut dalam perenggan (2)(b), pihak itu boleh mengemukakan apa-apa keterangan lain yang boleh diterima oleh mahkamah atau institusi itu.

(4)

Apabila menerima dokumen yang disebut dalam perenggan (2)(a) dan keterangan yang disebut dalam perenggan (2)(b)

atau subseksyen (3), mahkamah atau institusi itu boleh menerima atau menolak untuk menerima perjanjian penyelesaian antarabangsa itu sebagai keterangan dalam prosidingnya.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, sebutan mengenai mahkamah termasuklah Mahkamah Tinggi.

Bahasa perjanjian penyelesaian antarabangsa

Section 5 — AKTA PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2026