Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991

Seksyen 2

Tafsiran

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 466

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;

“harta” termasuklah segala harta, sama ada alih atau tak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, pada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak pada harta pada masa depan atau kontingen dan hak perkembalian dan baki;

“liabiliti” ertinya liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan (sama ada pada masa sekarang atau pada masa depan, sebenar atau kontinjen, dan sama ada kena dibayar atau hendak dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);

“Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pos;

“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang diperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];

“syarikat pengganti” ertinya syarikat yang kepadanya, harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan pos yang kepadanya

Kerajaan

Malaysia berhak atau tertakluk dipindahkan dan diletakhakkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 3;

“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti berkenaan dengan perkhidmatan pos, yang kepadanya Kerajaan

Malaysia berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti sebagaimana dinyatakan oleh Menteri dalam perintah di bawah (subseksyen 3 (1)).

Section 2 — AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991