Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991

Seksyen 3

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen

(1)

pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat itu bagi hakmilik, estet atau kepentingan serupa dan dengan pemegangan serupa sebagaimana harta itu telah terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan.

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh perletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Kerajaan Malaysia memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu tentang peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen itu.

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh perletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau bagi Kerajaan Malaysia memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

(5)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 466

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian itu dengan Kerajaan

Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.

(7)

Jika menurut kuasa subseksyen (1), mana-mana harta berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti, peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56

tahun 1965] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi syarikat pengganti seolah-olah ia adalah suatu pihak berkuasa awam.

(8)

Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Kerajaan Malaysia menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian sifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawah perjanjian boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

Section 3 — AKTA PERKHIDMATAN POS (SYARIKAT PENGGANTI) 1991