Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
kepada Perbadanan; atau
(b)
kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti itu berikutan dengan pengumpukan permulaannya kepada Perbadanan.
Perkhidmatan Pos (Syarikat Pengganti) 9
(2)
Menteri Kewangan tidak boleh memberi arahan di bawah subseksyen (1) pada masa apabila syarikat pengganti telah terhenti daripada dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
(3)
Sekuriti yang dikehendaki supaya diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma mengenai pengumpukan, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan
Menteri.
(4)
Syer yang diterbitkan menurut seksyen ini―
(a)
hendaklah pada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan
(b)
hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 [Akta 125] seolah-olah ia telah dibayarkan disebabkan oleh pembayaran kepada syarikat pengganti akan nilai nominalnya.
(5)
Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak kepada sekuriti yang diumpukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.
(6)
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperolehi menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti