Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Tiap-tiap pekongsi suatu firma adalah bertanggungan bersesama dengan pekongsi-pekongsi lain bagi semua hutang dan obligasi firma itu yang ditanggung semasa ianya seorang pekongsi; dan selepas kematiannya harta pusakanya juga adalah bertanggungan berasingan dalam perjalanan wajar pentadbiran bagi hutang dan obligasi demikian, selagi ianya tidak dijelaskan tetapi tertakluk kepada pembayaran sebelumnya akan hutang berasingannya.