Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Dalam keadaan berikut, iaitu:
(a)
jika seorang pekongsi, yang bertindak dalam skop bidang kuasanya yang zahir, menerima wang atau harta orang ketiga dan menyalahgunakannya; dan
(b)
jika suatu firma dalam perjalanan urusannya menerima wang atau harta orang ketiga, dan wang atau harta yang diterima demikian disalahgunakan oleh seorang atau beberapa orang pekongsi semasa ianya berada dalam jagaan firma itu, firma itu adalah bertanggungan untuk mengganti kerugian itu.