Malaysia legislation

Section 15

of AKTA PERKONGSIAN 1961

Seksyen 15

Jika seorang pekongsi, yang menjadi pemegang amanah, menggunakan secara tak wajar harta amanah dalam urusan atau atas akaun perkongsian, tiada manamana pekongsi lain akan bertanggungan bagi harta amanah itu kepada orang-orang yang mempunyai kepentingan benefisial di dalamnya:

Dengan syarat seperti berikut:

(a)

seksyen ini tidak akan menyentuh sesuatu liabiliti yang ditanggung oleh seseorang pekongsi oleh sebab dia mempunyai makluman mengenai pecah amanah; dan

(b)

tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang wang amanah daripada diikuti dan didapatkan dari firma itu, jika wang amanah masih berada di dalam milik atau di bawah kawalannya.