Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PERKONGSIAN 1961

Seksyen 16

Tiap-tiap orang yang dengan kata-kata yang dilafazkan atau dituliskan atau dengan tingkah lakunya merepresenkan dirinya, atau yang dengan disedarinya membiarkan dirinya, direpresenkan, sebagai seorang pekongsi di dalam suatu firma tertentu adalah bertanggungan sebagai seorang pekongsi kepada sesiapa yang dengan mempercayai sesuatu representasi sedemikian telah memberi kredit kepada firma itu, sama ada representasi itu telah atau belum dibuat atau kepada orang yang memberi kredit demikian oleh atau dengan pengetahuan pekongsi yang zahir yang membuat akuan atau membiarkannya dibuat:

Dengan syarat bahawa jika, selepas kematian seorang pekongsi, urusan perkongsian itu diteruskan dalam nama-firma yang lama, penggunaan terus nama itu atau nama pekongsi yang telah mati sebagai sebahagian daripadanya tidak dengan sendirinya membuat harta atau benda wasi atau pentadbir bagi pekongsi yang telah mati bertanggungan bagi apa-apa hutang perkongsian yang dikontrakkan selepas kematiannya.

Section 16 — AKTA PERKONGSIAN 1961 | mylaw.my