Malaysia legislation

Section 25

of AKTA PERKONGSIAN 1961

Seksyen 25

(2)

Mahkamah boleh atas permohonan dengan saman oleh seseorang pemiutang penghakiman bagi seorang pekongsi, membuat suatu perintah mempertanggungkan kepentingan pekongsi itu di dalam harta dan keuntungan perkongsian dengan bayaran amaun hutang penghakiman dan bunga di atasnya, dan dengan perintah yang sama atau yang berikutnya, boleh melantik seorang penerima bagi bahagian keuntungan pekongsi itu (sama ada telah pun diisytiharkan atau masih terakru), dan bagi apa-apa wang lain yang akan diterimanya berkenaan dengan perkongsian itu, dan mengarahkan semua akaun dan siasatan, dan memberi semua perintah dan arahan lain, yang mungkin telah diarahkan atau diberikan jika gadaian itu telah dibuat bagi kemudahan pemiutang penghakiman oleh pekongsi itu, atau mengikut kehendak hal-keadaan

(3)

Pekongsi atau pekongsi-pekongsi lain adalah bebas pada bila-bila masa untuk menebus kepentingan yang digadaikan, atau, jika kepentingan itu diarahkan supaya dijual, untuk membeli kepentingan itu.