Malaysia legislation

Section 37

of AKTA PERKONGSIAN 1961

Seksyen 37

Atas permohonan oleh seorang pekongsi, mahkamah boleh mendekrikan pembubaran perkongsian dalam hal berikut:

(a)

apabila seorang pekongsi didapati gila atau dipernampakkan, dengan memuaskan hati mahkamah, sebagai tak sempurna akal secara kekal, dalam kedua-dua keadaan permohonan boleh juga dibuat bagi pihak pekongsi itu oleh komitinya, atau sahabat wakil, atau orang yang mempunyai hak untuk campur tangan sebagaimana seseorang pekongsi yang lain;

(b)

apabila seorang pekongsi, selain daripada pekongsi yang mendakwa, menjadi dengan sesuatu cara yang lain tak upaya secara kekal untuk melaksanakan bahagiannya bagi kontrak perkongsian;

(c)

apabila seorang pekongsi, selain daripada pekongsi yang mendakwa, telah bersalah atas kelakuan, yang pada pendapat mahkamah, setelah perhatian diberi kepada jenis urusan itu, boleh dikira akan menjejaskan perjalanan urusan itu;

(d)

apabila seorang pekongsi, selain daripada pekongsi yang mendakwa, dengan sengaja atau dengan kerap mungkir perjanjian perkongsian atau sebaliknya bertindak sedemikian dalam perkara yang berhubungan dengan urusan perkongsian hingga tidak semunasabahnya praktik bagi pekongsi atau pekongsi-pekongsi lain menjalankan urusan perkongsian dengannya;

(e)

apabila urusan perkongsian itu hanya boleh dijalankan dengan kerugian; dan

(f)

pada bila-bila masa dalam sesuatu hal-keadaan timbul yang, pada pendapat mahkamah, menyebabkannya adil dan saksama supaya perkongsian itu dibubarkan.

Section 37 — AKTA PERKONGSIAN 1961 | mylaw.my