Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Atas pembubaran suatu perkongsian atau persaraan seorang pekongsi, mana-mana pekongsi boleh memberitahu kepada awam mengenai pembubaran atau persaraan itu, dan boleh menghendaki pekongsi atau pekongsi-pekongsi yang lain untuk bersetuju bagi maksud itu dalam segala tindakan yang perlu atau wajar, jika ada, yang tidak boleh dijalankan tanpa persetujuannya atau persetujuan mereka.