Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Selepas pembubaran suatu perkongsian, kuasa tiaptiap pekongsi untuk mengikat firma itu, dan hak dan obligasi lain pekongsi itu, adalah berterusan, walaupun pembubaran itu, sejauh mana yang perlu bagi menggulung hal-ehwal perkongsian itu, dan untuk
PERKONGSIAN menyempurnakan transaksi yang telah dimulakan tetapi belum diselesaikan pada masa pembubaran itu, tetapi tidak sebaliknya:
Dengan syarat bahawa firma itu dalam apa-apa hal pun tidak terekat dengan tindakan seorang pekongsi yang telah menjadi bankrap; tetapi proviso ini tidak menyentuh liabiliti seseorang yang telah, setelah kebankrapan itu, merepresenkan dirinya atau dengan diketahuinya membiarkan dirinya direpresenkan sebagai seorang pekongsi orang bankrap.