Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PERKONGSIAN 1961

Seksyen 41

Atas pembubaran suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi adalah berhak, terhadap pekongsi-pekongsi lain di dalam firma itu dan semua orang yang menuntut melalui mereka berkenaan dengan kepentingan mereka sebagai pekongsi, supaya harta perkongsian itu digunakan bagi membayar hutang dan liabiliti firma itu, dan supaya aset lebihan selepas pembayaran sedemikian digunakan bagi membayar apa-apa yang kena dibayar masing-masingnya kepada pekongsi-pekongsi, setelah menolak apa yang kena dibayar oleh pekongsi-pekongsi itu kepada firma; dan bagi maksud itu seseorang pekongsi atau wakilnya, atas penamatan perkongsian itu, boleh memohon kepada mahkamah untuk menggulung urusan dan hal-ehwal firma itu.

Section 41 — AKTA PERKONGSIAN 1961 | mylaw.my