Malaysia legislation

Section 42

of AKTA PERKONGSIAN 1961

Seksyen 42

Jika seorang pekongsi telah membayar premium kepada pekongsi lain apabila memasuki suatu perkongsian bagi suatu tempoh tetap, dan perkongsian itu dibubarkan sebelum tamat tempoh itu selain daripada dengan kematian seorang pekongsi, mahkamah boleh memerintahkan pembayaran balik premium itu, atau sebahagian darinya sebagaimana difikirkan adil, setelah memberi perhatian kepada terma-terma kontrak pekongsian dan kepada jangka masa dalam mana perkongsian itu telah berterusan; melainkan—

(a)

pembubaran itu, mengikut penghakiman mahkamah, adalah seluruhnya atau sebahagian besarnya disebabkan oleh salah laku pekongsi yang membayar premium itu, atau

(b)

perkongsian itu telah dibubarkan dengan suatu perjanjian yang tidak mengandungi peruntukan mengenai pemulangan apa-apa bahagian premium itu.