Malaysia legislation

Section 43

of AKTA PERKONGSIAN 1961

Seksyen 43

Jika sesuatu kontrak perkongsian dibatalkan atas alasan fraud atau salah nyataan salah satu pihak daripadanya, pihak yang berhak membatalkan kontrak perkongsian itu adalah berhak, tanpa menjejaskan mana-mana hak lain—

(a)

kepada lien ke atas, atau hak menyimpan, aset lebihan perkongsian, setelah menyelesaikan liabiliti perkongsian bagi sesuatu jumlah wang yang dibayar olehnya bagi membeli suatu bahagian dalam perkongsian itu dan bagi apaapa modal yang dicarumkan olehnya; dan hendaklah

(b)

mengambil tempat pemiutang-pemiutang firma bagi apa-apa bayaran yang dibuat olehnya berkenaan dengan liabiliti perkongsian; dan

(c)

ditanggung-rugi oleh orang yang bersalah kerana fraud atau yang membuat salah nyataan terhadap segala hutang dan liabiliti firma itu.

Section 43 — AKTA PERKONGSIAN 1961 | mylaw.my