Malaysia legislation

Section 44

of AKTA PERKONGSIAN 1961

Seksyen 44

Jika mana-mana anggota suatu firma telah mati atau sebaliknya terhenti daripada menjadi seorang pekongsi, dan pekongsi-pekongsi yang menakat atau yang berterusan, menjalankan urusan firma itu dengan modal atau aset tanpa apa-apa penyelesaian muktamad akan akaun di antara firma dan pekongsi yang keluar atau harta pusakanya, maka, dengan tidak adanya suatu perjanjian sebaliknya, pekongsi yang keluar atau harta pusakanya adalah berhak, atas opsyennya sendiri atau wakilnya, kepada apa-apa bahagian keuntungan sedemikian yang diperolehi semenjak pembubaran sebagaimana mahkamah dapati disebabkan oleh penggunaan bahagiannya dalam aset perkongsian, atau kepada bunga atas kadar lapan peratus setahun atas amaun bahagiannya dalam aset perkongsian:

Dengan syarat bahawa jika, melalui kontrak perkongsian, suatu opsyen diberi kepada pekongsipekongsi yang menakat atau yang berterusan untuk

PERKONGSIAN membeli kepentingan seseorang pekongsi yang telah mati atau keluar, dan opsyen digunakan dengan sewajarnya, harta pusaka pekongsi yang telah mati atau pekongsi yang telah keluar atau harta pusakanya mengikut mana yang berkenaan, tidak berhak kepada apa-apa keuntungan selanjutnya atau keuntungan lain; tetapi jika seseorang pekongsi yang bertindak dengan menggunakan opsyen itu tidak dalam segala aspek yang material mematuhi terma-terma opsyen itu, dia adalah bertanggungan untuk menjelaskan di bawah peruntukan terdahulu seksyen ini.