Malaysia legislation

Section 46

of AKTA PERKONGSIAN 1961

Seksyen 46

Dalam menyelesaikan akaun-akaun di antara pekongsi-pekongsi selepas pembubaran perkongsian, kaedah-kaedah berikut hendaklah, tertakluk kepada apa-apa perjanjian, dipatuhi:

(a)

kerugian, termasuk kerugian dan kekurangan modal, hendaklah terlebih dahulu dibayar daripada keuntungan, kemudian daripada modal dan akhirnya, jika perlu, oleh pekongsipekongsi secara individu mengikut kadar yang mereka berhak berkongsi keuntungan; dan

(b)

aset firma itu, termasuk jumlah, jika ada yang dicarumkan oleh pekongsi untuk menggantikan kerugian atau kekurangan modal, hendaklah digunakan dengan cara dan susunan berikut:

(i)

bagi membayar hutang dan liabiliti firma itu kepada orang-orang yang bukan pekongsi di dalamnya;

(ii)

bagi membayar kepada setiap pekongsi menurut kadar apa yang kena dibayar oleh firma kepadanya bagi pendahuluan dengan dibezakan daripada modal;

(iii)

bagi membayar setiap pekongsi menurut kadar apa yang kena dibayar oleh firma kepadanya berkenaan dengan modal; dan

(iv)

residu terakhir, jika ada, hendaklah dibahagikan di antara pekongsi-pekongsi mengikut kadar yang keuntungan boleh dibahagikan.

Kecualian.