Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Untuk menentukan sama ada suatu perkongsian itu wujud atau tidak, perhatian hendaklah diberi kepada kaedah-kaedah berikut:
(a)
tenansi bersama, tenancy in common, harta bersama atau harta am atau kepunyaan separa tidak dengan sendirinya mewujudkan suatu perkongsian mengenai sesuatu yang dipegang atau dipunyai demikian, sama ada tenan atau pemunya menerima atau tidak menerima apaapa bahagian keuntungan yang diperolehi melalui penggunaannya;
(b)
pembahagian pulangan kasar tidak dengan sendirinya mewujudkan suatu perkongsian, sama ada orang-orang yang berkongsi pulangan sedemikian mempunyai atau tidak mempunyai hak atau kepentingan bersama atau am dalam sesuatu harta yang daripadanya atau daripada penggunaannya pulangan itu diperolehi;
(c)
penerimaan oleh seseorang suatu bahagian daripada keuntungan urusan adalah keterangan prima facie bahawa dia ialah
PERKONGSIAN seorang pekongsi dalam urusan itu, tetapi penerimaan bahagian sedemikian, atau suatu bayaran yang kontigen atas atau berubah mengikut keuntungan urusan itu, tidak dengan sendirinya membuatnya seorang pekongsi dalam urusan itu; dan khususnya—
(i)
penerimaan oleh seseorang suatu hutang atau lain-lain amaun tertentu jumlahnya, secara ansuran atau sebaliknya, daripada keuntungan yang terakru bagi suatu urusan tidak dengan sendirinya menjadikan dia seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian;
(ii)
suatu kontrak bagi saraan seorang pengkhidmat atau ejen seorang yang menjalani suatu urusan dengan menerima suatu bahagian daripada keuntungan urusan itu tidak dengan sendirinya membuat pengkhidmat atau ejen itu seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian;
(iii)
seseorang yang sebagai balu atau anak kepada pekongsi yang telah mati, dan menerima melalui anuiti umpukan daripada keuntungan yang diperolehi dalam urusan di mana si mati adalah seorang pekongsi, bukan, disebabkan hanya oleh penerimaan sedemikian, seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian;
(iv)
pendahuluan wang secara pinjaman kepada seorang yang menjalani atau yang hampir menjalani sesuatu urusan atas suatu kontrak dengan orang itu bahawa pemberi pinjam hendaklah menerima suatu kadar bunga yang berubah mengikut keuntungan, atau hendaklah menerima suatu bahagian daripada keuntungan, yang berbangkit daripada menjalankan urusan itu, tidak dengan sendirinya membuat pemberi pinjam itu seorang pekongsi dengan orang atau orang-orang yang menjalankan urusan itu atau bertanggungan sedemikian:
Dengan syarat bahawa kontrak itu bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak semua pihak kepadanya; dan
(v)
seseorang yang menerima, melalui anuiti atau sebaliknya, umpukan daripada keuntungan urusan sebagai balasan kepada jualan olehnya namabaik urusan bukan, disebabkan hanya oleh penerimaan sedemikian, seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian.