Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Sekiranya berlaku kebankrapan seseorang yang kepadanya wang telah didahulukan melalui pinjaman atas suatu kontrak sebagaimana tersebut dalam seksyen 4 (c) (iv), atau kebankrapan seseorang pembeli namabaik sebagai balasan bagi suatu bahagian daripada keuntungan perniagaan itu, pemberi pinjaman itu tidak berhak mendapat balik apa-apa jua berkenaan dengan pinjamannya, dan penjual nama-baik itu tidak berhak mendapat balik apa-apa jua berkenaan dengan bahagian keuntungan yang dikontrakkan, sehingga tuntutan pemiutang-pemiutang lain bagi peminjam atau pembeli bagi balasan bernilai dalam bentuk wang atau nilaian wang telah diselesaikan.