Malaysia legislation

Section 7

of AKTA PERKONGSIAN 1961

Seksyen 7

Tiap-tiap pekongsi adalah ejen firma dan pekongsi-pekongsinya yang lain bagi maksud urusan perkongsian itu; dan tindakan tiap-tiap pekongsi yang melakukan apa-apa tindakan bagi perjalanan biasa urusan daripada jenis yang dijalankan oleh firma itu yang mana dia adalah seorang anggota mengikat firma itu dan pekongsi-pekongsinya, melainkan pekongsi yang bertindak sedemikian sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi firma itu dalam perkara tertentu itu, dan orang yang dengannya dia berurusniaga sama ada mengetahui bahawa dia tidak mempunyai kuasa atau tidak mengetahui atau mempercayainya sebagai seorang pekongsi.

Section 7 — AKTA PERKONGSIAN 1961 | mylaw.my