Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Sesuatu tindakan atau suratcara berhubungan dengan urusan firma itu dan dilakukan atau disempurnakan atas nama firma itu, atau dengan cara yang lain yang menunjukkan niat untuk mengikat firma itu, oleh seseorang yang diberi kuasa, sama ada seorang pekongsi atau tidak, adalah mengikat firma itu dan semua pekongsinya:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak menyentuh sesuatu kaedah am undang-undang berhubungan dengan penyempurnaan suratikatan atau suratcara bolehniaga.