Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 12

(2)

Pemiutang bagi seseorang pekongsi am atau pekongsi terhad, atas sifat pekongsi itu selain sebagai pekongsi am atau pekongsi terhad perkongsian terhad Labuan, tidak boleh membuat tuntutan terhadap harta perkongsian terhad Labuan itu.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menghalang penguatkuasaan sesuatu perintah mahkamah yang berhubungan dengan harta sesuatu perkongsian terhad Labuan dalam apa-apa hal jika, oleh sebab mana-mana perkara yang disebut dalam perenggan 26(1)(a) atau (b), suatu penghakiman tidak boleh diberikan terhadap pekongsi am atas sifatnya sebagai pekongsi am bagi perkongsian terhad Labuan itu.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 707

Hak pekongsi terhad

Section 12 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010