Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 13

(a)

semasa waktu perniagaan, untuk memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada buku, dokumen dan rekod perkongsian terhad Labuan; dan

(b)

untuk diberi, apabila diminta, maklumat yang benar dan lengkap tentang segala perkara yang menyentuh perkongsian terhad Labuan dan untuk diberi penjelasan rasmi tentang hal-ehwal perkongsian bilamana hal keadaan menjadikannya adil dan munasabah untuk berbuat demikian.

(2)

Seseorang pekongsi terhad tidak berhak untuk membubarkan sesuatu perkongsian terhad Labuan dengan notis kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam perjanjian perkongsian atau sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 26(3).

(3)

Tertakluk pada mana-mana peruntukan, yang nyata atau tersirat, dalam perjanjian perkongsian yang berlawanan, sesuatu perkongsian terhad Labuan tidak boleh dibubarkan oleh—

(a)

dalam hal pekongsi terhad yang merupakan seorang individu, kematiannya, ketidakupayaannya di sisi undang-undang, kebankrapannya, persaraannya atau pengunduran dirinya daripada perkongsian terhad Labuan itu; dan

(b)

dalam hal pekongsi terhad yang merupakan suatu perbadanan, pembubarannya, kebankrapannya atau pengundurannya daripada perkongsian terhad Labuan itu.

Perkongsian keuntungan

Section 13 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010