Malaysia legislation
Section 14
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 14
(2)
Seseorang pekongsi terhad boleh menerima daripada perkongsian terhad Labuan bahagian keuntungan yang ditentukan untuk pekongsi terhad itu dalam perjanjian perkongsian hanya jika, pada masa dan sebaik selepas pembayaran dibuat, perkongsian terhad Labuan itu adalah solven.
(3)
Selama tempoh enam bulan dari tarikh penerimaan oleh pekongsi terhad apa-apa bayaran yang merupakan bahagian keuntungan perkongsian terhad Labuan dalam hal keadaan kehendak subseksyen (2) tidak dipenuhi, bayaran itu hendaklah kena dibayar balik oleh pekongsi terhad itu dengan bunga pada kadar yang ditetapkan setakat yang bahagian keuntungan itu perlu untuk menunaikan hutang atau obligasi perkongsian terhad Labuan yang ditanggung dalam tempoh yang bahagian keuntungan itu merupakan suatu aset perkongsian terhad Labuan itu.
Urusan oleh pekongsi terhad dengan perkongsian terhad Labuan