Malaysia legislation

Section 26

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 26

(a)

jika pekongsi am tunggal atau terakhir ialah seorang individu, kematiannya, ketidakupayaannya di sisi undang-undang, kebankrapannya, persaraannya atau pengunduran dirinya daripada perkongsian terhad Labuan; dan

(b)

jika pekongsi am tunggal atau terakhir ialah suatu perbadanan, penggulungannya atau pembubarannya dalam bentuk lain, kebankrapannya atau pengundurannya daripada perkongsian terhad Labuan,

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 707

hendaklah menyebabkan pembubaran serta-merta perkongsian terhad

Labuan itu yang hendaklah dengan serta-merta digulung—

(A)

mengikut perjanjian perkongsian; atau

(B)

mengikut arahan mahkamah atas permohonan pekongsi terhad atau pemiutang perkongsian terhad Labuan itu.

(2)

Sesuatu perkongsian terhad Labuan tidak boleh dikehendaki supaya digulungkan di bawah subseksyen (1) jika, dalam masa enam puluh hari dari pembubaran itu, pekongsi-pekongsi terhad, sama ada sebulat suara atau sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam perjanjian perkongsian, memilih seorang pekongsi am atau lebih, yang dalam hal itu perkongsian terhad Labuan itu hendaklah disifatkan belum dibubarkan dan aktiviti perkongsian terhad Labuan itu boleh diambil alih dan diteruskan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian perkongsian atau perjanjian perkongsian yang berikutnya.

(3)

Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan dibubarkan di bawah subseksyen (1), dan aktiviti perkongsian terhad Labuan itu tidak diambil alih dan diteruskan mengikut subseksyen (2), suatu notis pembubaran yang ditandatangani oleh pekongsi terhad hendaklah difailkan dalam masa tiga puluh hari oleh pekongsi terhad itu dengan Lembaga yang boleh selepas itu membatalkan pendaftaran perkongsian terhad Labuan itu.

(4)

Jika notis yang dikehendaki supaya difailkan di bawah subseksyen (3) tidak difailkan sedemikian, setiap pekongsi terhad boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran yang dinyatakan oleh

Lembaga.

Kuasa mahkamah untuk memerintahkan pembubaran

Section 26 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010