Malaysia legislation
Section 27
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 27
(a)
perkongsian terhad Labuan itu dijalankan dengan cara yang berlawanan dengan terma perjanjian perkongsian bagi perkongsian terhad Labuan itu;
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 35
(b)
perkongsian terhad Labuan itu dijalankan dengan cara yang menindas seorang pekongsi terhad atau lebih; atau
(c)
telah timbul hal keadaan yang menjadikannya adil dan saksama bagi perkongsian terhad Labuan itu dibubarkan.
(2)
Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya patut berkenaan dengan penggulungan perkongsian terhad Labuan itu.
(3)
Jika sesuatu perkongsian terhad Labuan telah dibubarkan di bawah seksyen ini, pekongsi yang membuat permohonan itu hendaklah menyebabkan perintah mahkamah itu disampaikan kepada Lembaga dalam masa tiga puluh hari selepas perintah itu dibuat dan Lembaga boleh selepas itu membatalkan pendaftaran perkongsian terhad Labuan itu.
(4)
Jika perintah mahkamah tidak disampaikan kepada Lembaga sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (3), pekongsi yang disebut dalam subseksyen itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Penyelesaian akaun apabila dibubarkan