Malaysia legislation
Section 28
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 28
Jika akaun telah diselesaikan selepas pembubaran sesuatu perkongsian terhad Labuan, liabiliti perkongsian itu terhadap pemiutang hendaklah dibayar dahulu, dan kemudiannya liabiliti cukai yang kena dibayar kepada Kerajaan, dan kemudiannya, tertakluk pada perjanjian perkongsian atau perjanjian yang berikutnya, liabiliti lain perkongsian itu hendaklah dibayar mengikut susunan yang berikut:
(a)
kepada pekongsi am selain untuk modal dan keuntungan;
(b)
kepada pekongsi terhad berkenaan dengan modal sumbangan mereka;
(c)
kepada pekongsi terhad berkenaan dengan bahagian keuntungan mereka;
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 707
(d)
kepada pekongsi am berkenaan dengan sumbangan mereka;
dan
(e)
kepada pekongsi am berkenaan dengan bahagian keuntungan mereka.