Malaysia legislation
Section 2
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 2
(a)
berkenaan dengan perkongsian terhad Labuan, ertinya daftar yang disenggarakan di bawah subseksyen 5(3);
dan
(b)
berkenaan dengan perkongsian liabiliti terhad Labuan, ertinya daftar yang disenggarakan di bawah subseksyen 30(7);
“diperakui” ertinya diperakui dengan cara yang ditetapkan sebagai dokumen tertentu atau sebagai salinan benar dokumen tertentu itu;
“harta” termasuklah—
(a)
tiap-tiap jenis aset, sama ada zahir atau tidak zahir, alih atau tak alih, ketara atau tidak ketara, walau bagaimana diperoleh; dan
(b)
dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang membuktikan hak milik kepada atau kepentingan mengenai, aset itu, termasuk cek bank, kiriman wang, syer, sekuriti, bon, draf bank dan surat kredit;
“kepentingan perkongsian” ertinya bahagian seseorang pekongsi daripada keuntungan dan kerugian suatu perkongsian terhad
Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hak untuk menerima pembahagian aset perkongsian dan faedah lain yang diberikan oleh perjanjian perkongsian;
“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 11
“mahkamah” ertinya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;
“menetapkan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya menetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, dan kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan dalam perintah itu bagi orang, golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan, dan “ditetapkan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“menyatakan”, jika tiada cara disebutkan, ertinya menyatakan dari semasa ke semasa secara bertulis, dan kuasa untuk menyatakan termasuklah kuasa untuk menyatakan secara berlainan bagi orang, golongan, kategori atau perihalan orang yang berlainan, dan
“dinyatakan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“nilai statutori” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 10(2);
“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Lembaga di bawah subseksyen 3(2);
“pekongsi”—
(a)
berhubung dengan sesuatu perkongsian terhad Labuan, ertinya seseorang pekongsi terhad atau seseorang pekongsi am; dan
(b)
berhubung dengan sesuatu perkongsian liabiliti terhad
Labuan, ertinya seseorang yang merupakan pekongsi, termasuk pekongsi ditetapkan, dalam perkongsian itu dan dinamakan sedemikian dalam permohonan yang dibuat kepada Lembaga di bawah seksyen 30 atau notis yang difailkan di bawah seksyen 31, mengikut mana-mana yang berkenaan;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 707
“pekongsi am”, berhubung dengan sesuatu perkongsian terhad
Labuan, ertinya seseorang yang dinamakan sebagai seorang pekongsi am dalam perjanjian perkongsian yang difailkan di bawah subseksyen 5(2) dan jika lebih daripada seorang, ertinya setiap pekongsi am;
“pekongsi ditetapkan”, berhubung dengan sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan, ertinya seseorang pekongsi yang dikenal pasti sebagai seorang pekongsi ditetapkan dalam permohonan yang dibuat kepada Lembaga di bawah seksyen 30 atau notis yang difailkan di bawah seksyen 31;
“pekongsi terhad”, berhubung dengan sesuatu perkongsian terhad
Labuan, ertinya seseorang yang dinamakan sebagai seorang pekongsi terhad dalam daftar yang disimpan di bawah subseksyen 9(5)
dan jika lebih daripada seorang, ertinya setiap pekongsi terhad;
“pelikuidasi yang diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan di bawah subseksyen 12(1) Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441];
“pemastautin” ertinya seseorang yang—
(a)
berhubung dengan orang sebenar, merupakan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; dan
(b)
berhubung dengan mana-mana orang lain, telah menubuhkan suatu tempat perniagaan, dan sedang beroperasi, di
Malaysia, dan termasuklah seseorang yang diisytiharkan sebagai pemastautin menurut seksyen 43 *Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17];
“perakuan” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah
Akta ini;
“perbadanan” ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang dibentuk atau diperbadankan atau wujud di Malaysia atau di luar
Malaysia dan termasuklah sesuatu syarikat Labuan asing tetapi tidak termasuk—
(a)
sesuatu perbadanan seorang;
*CATATAN—Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758] yang berkuat kuasa pada 30 Jun 2013—lihat seksyen 271 Akta 758.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 13
(b)
sesuatu kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai kesatuan sekerja; dan
(c)
sesuatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi;
“perjanjian perkongsian” ertinya suatu perjanjian bertulis pekongsi-pekongsi tentang hal-ehwal sesuatu perkongsian terhad
Labuan atau perkongsian liabiliti terhad Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hak dan obligasi pekongsi sesama mereka;
“perkongsian liabiliti terhad Labuan” ertinya suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah seksyen 30 atau 48;
“perkongsian terhad Labuan” ertinya suatu perkongsian terhad yang didaftarkan di bawah seksyen 5;
“syarikat amanah Labuan” ertinya suatu syarikat yang didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah Labuan di bawah Bahagian V
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];
“syarikat Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990;
“ringgit” ertinya ringgit dalam mata wang Malaysia.
(2)
Bagi maksud Akta ini, suatu perkongsian terhad Labuan adalah tidak solven pada sesuatu masa tertentu apabila pekongsi am tidak berupaya untuk menunaikan hutang dan obligasi perkongsian terhad Labuan itu, tidak termasuk liabiliti kepada pekongsi berkenaan dengan kepentingan perkongsiannya, apabila ia kena dibayar, daripada aset perkongsian terhad Labuan itu tanpa menggunakan aset berasingan seseorang pekongsi am yang tidak disumbangkan kepada perkongsian terhad Labuan itu, dan
“solven” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 707