Malaysia legislation
Section 3
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 3
(2)
Lembaga boleh memberi kuasa mana-mana anggota atau pegawainya untuk melaksanakan mana-mana fungsinya, menjalankan mana-mana kuasanya, atau menunaikan mana-mana kewajipannya di bawah Akta ini.
(3)
Tertakluk pada batasan tertentu, jika ada, sebagaimana yang ditetapkan, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah melaksanakan semua fungsi, menjalankan semua kuasa dan menunaikan semua kewajipan Lembaga dan tiap-tiap fungsi yang dilaksanakan sedemikian, kuasa yang dijalankan sedemikian dan kewajipan yang ditunaikan sedemikian hendaklah disifatkan telah dilaksanakan, dijalankan dan ditunaikan dengan sewajarnya bagi maksud Akta ini.
(4)
Semua mahkamah, hakim dan orang yang bertindak secara kehakiman hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman kepada meterai Lembaga.