Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 41

Perjanjian sedia ada

Tiap-tiap perjanjian yang baginya perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan ialah suatu pihak sebaik sebelum tarikh pendaftaran, sama ada atau tidak bersifat sedemikian rupa sehingga hak dan liabiliti di bawah perjanjian itu boleh diserahhakkan, hendaklah berkuat kuasa dari hari itu seolah-olah—

(a)

perkongsian liabiliti terhad Labuan itu ialah suatu pihak kepada perjanjian itu dan bukannya perkongsian terhad

Labuan atau syarikat Labuan itu; dan

(b)

apa-apa sebutan mengenai perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah digantikan dengan sebutan mengenai perkongsian liabiliti terhad Labuan berkenaan dengan apa-apa perkara yang hendak dilakukan pada atau selepas tarikh pendaftaran.

Kontrak sedia ada, dsb.

Section 41 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010