Malaysia legislation

Section 42

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 42

Semua surat ikatan, kontrak, skim, bon, perjanjian, permohonan, surat cara dan perkiraan yang wujud sebaik sebelum tarikh pendaftaran yang berhubungan dengan perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan, atau yang kepadanya perkongsian terhad

Labuan atau syarikat Labuan itu ialah suatu pihak, hendaklah terus berkuat kuasa pada dan selepas tarikh itu seolah-olah ia berhubungan dengan perkongsian liabiliti terhad Labuan dan boleh dikuatkuasakan oleh atau terhadap perkongsian liabiliti terhad

Labuan itu seolah-olah perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dinamakan dalamnya atau menjadi suatu pihak kepadanya dan bukannya perkongsian terhad Labuan atau syarikat Labuan itu.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 45

Section 42 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010