Malaysia legislation
Section 61
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 61
Liabiliti Terhad Labuan 59
(2)
Seseorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan boleh terhenti menjadi pekongsi mengikut perjanjian perkongsian, atau jika tiada perjanjian sedemikian, dengan pekongsi itu memberikan notis bertulis tiga puluh hari kepada pekongsi lain tentang niatnya untuk meletakkan jawatan sebagai seorang pekongsi.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), seseorang pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah terhenti menjadi pekongsi apabila pekongsi itu meninggal dunia atau dibubarkan.
(4)
Jika seseorang pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad
Labuan terhenti menjadi pekongsi, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perjanjian perkongsian, bekas pekongsi itu, wakil dirinya atau pelikuidasinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berhak untuk menerima daripada perkongsian liabiliti terhad
Labuan itu suatu amaun—
(a)
yang bersamaan dengan sumbangan modal bekas pekongsi itu kepada perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dan hak bekas pekongsi itu untuk berkongsi dalam keuntungan terkumpul perkongsian liabiliti terhad Labuan itu selepas kerugian perkongsian liabiliti terhad Labuan itu ditolak; dan
Undang-Undang Malaysia 60
Akta 707
(b)
yang ditentukan pada tarikh bekas pekongsi itu terhenti menjadi pekongsi.
(5)
Bagi mengelakkan keraguan, seseorang bekas pekongsi, wakil dirinya atau pelikuidasinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh campur tangan dalam pengurusan perkongsian liabiliti terhad Labuan.
Kebankrapan pekongsi