Malaysia legislation
Section 62
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 62
Jika seseorang pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad
Labuan dihukum bankrap—
(a)
kebankrapannya tidak akan dengan sendirinya menyebabkan pekongsi itu terhenti menjadi seorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan itu; dan
(b)
Ketua Pengarah Insolvensi atau mana-mana orang lain atas sifat yang serupa, atau pemegang amanah estet pekongsi bankrap itu tidak boleh campur tangan dalam pengurusan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu tetapi berhak untuk menerima pembahagian daripada perkongsian liabiliti terhad Labuan itu yang berhak diterima oleh pekongsi bankrap itu di bawah perjanjian perkongsian.