Malaysia legislation
Section 64
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 64
(2)
Seseorang pekongsi boleh menjadi pekongsi ditetapkan melalui dan mengikut suatu perjanjian dengan pekongsi-pekongsi lain, dan seseorang pekongsi boleh terhenti menjadi pekongsi ditetapkan mengikut perjanjian dengan pekongsi-pekongsi lain.
(3)
Hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang pekongsi ditetapkan, dan jika tiada pekongsi ditetapkan dilantik maka tiap-tiap pekongsi ialah pekongsi ditetapkan.
(4)
Walau apa pun subseksyen (1), (2) dan (3), sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan boleh pada bila-bila masa menyerahkan kepada Lembaga—
(a)
suatu notis bahawa pekongsi yang dinyatakan hendaklah menjadi pekongsi ditetapkan; atau
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 63
(b)
suatu notis bahawa tiap-tiap orang yang dari semasa ke semasa merupakan seorang pekongsi perkongsian liabiliti terhad Labuan ialah pekongsi ditetapkan, dan, apabila notis itu diserahkan, notis itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia dinyatakan dalam permohonan bagi pendaftaran di bawah seksyen 30 dan 48.
(5)
Sesuatu notis yang diserahkan di bawah subseksyen (4)—
(a)
hendaklah dalam bentuk yang dinyatakan oleh Lembaga;
dan
(b)
hendaklah ditandatangani oleh pekongsi ditetapkan perkongsian liabiliti terhad Labuan atau disahkan mengikut cara yang dinyatakan oleh Lembaga.
(6)
Seseorang terhenti menjadi pekongsi ditetapkan jika dia terhenti menjadi pekongsi.
Kewajipan dan tanggungjawab pekongsi ditetapkan