Malaysia legislation

Section 63

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 63

(2)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan boleh mengubah alamat pejabat berdaftarnya dari semasa ke semasa dengan memfailkan suatu notis perubahan dengan Lembaga.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 61

(3)

Perubahan alamat itu hendaklah didaftarkan oleh Lembaga dan hendaklah berkuat kuasa apabila didaftarkan.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), sehingga berakhir tempoh tiga puluh hari yang bermula dari tarikh perubahan alamat perkongsian liabiliti terhad Labuan itu didaftarkan, seseorang boleh menyampaikan dengan sah apa-apa dokumen ke atas perkongsian liabiliti terhad Labuan itu di pejabat berdaftarnya yang terdahulu.

(5)

Sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan hendaklah menyimpan di pejabat berdaftarnya—

(a)

suatu daftar yang menunjukkan—

(i)

nama penuh dan alamat setiap pekongsi yang merupakan seorang individu dan, dalam hal suatu perbadanan, nama penuhnya, tempat di mana perbadanan itu diperbadankan dan pejabat berdaftar atau pejabat utamanya; dan

(ii)

jika penyertaan oleh pekongsi ditentukan oleh peratusan kepentingan atau dengan bilangan unit atau hak serupa yang lain yang dipegang oleh mereka, peratusan kepentingan atau bilangan dan kelas unit atau hak lain yang dipegang;

(b)

suatu salinan perjanjian perkongsian bagi perkongsian liabiliti terhad Labuan, jika ada, dan setiap pindaan yang dibuat kepadanya;

(c)

suatu pernyataan mengenai amaun sumbangan yang dipersetujui untuk dibuat oleh pekongsi dan masa bila mana, atau peristiwa yang apabila berlaku, sumbangan itu kena dibuat;

(d)

suatu pernyataan mengenai amaun wang dan jenis dan nilai apa-apa harta lain yang disumbangkan oleh setiap pekongsi dan tarikhnya;

(e)

suatu pernyataan mengenai amaun sumbangan yang dipulangkan kepada pekongsi dan tarikhnya; dan

(f)

apa-apa maklumat lain yang dinyatakan oleh Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 62

Akta 707

(6)

Dokumen yang disimpan di bawah subseksyen (5) hendaklah—

(a)

menjadi keterangan prima facie mengenai butir-butir yang terkandung dalam, atau yang dikehendaki supaya terkandung dalamnya;

(b)

dipinda dalam masa tiga puluh hari dari apa-apa perubahan butir-butir; dan

(c)

tersedia bagi pemeriksaan dan penyalinan tanpa bayaran semasa waktu biasa perniagaan atas permintaan seseorang pekongsi.

(7)

Jika sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan tidak mematuhi seksyen ini, perkongsian liabiliti terhad Labuan itu dan setiap pekongsi boleh dikenakan suatu penalti pentadbiran yang dinyatakan oleh Lembaga.

Pekongsi ditetapkan

Section 63 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010