Malaysia legislation

Section 66

of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010

Seksyen 66

(a)

bahawa akaun-akaun itu menunjukkan bahawa perkongsian liabiliti terhad Labuan itu adalah solven pada tarikh setakat akaun-akaun itu dibuat;

(b)

bahawa dia tidak sedar tentang apa-apa hal keadaan yang menjadikan akaun-akaun itu tidak benar; dan

(c)

bahawa tiada hal keadaan telah berlaku semenjak tarikh setakat akaun-akaun itu dibuat yang boleh menjadikan perkongsian liabiliti terhad Labuan itu tidak solven, dan jika perakuan sedemikian itu tidak boleh diberikan tanpa syarat, hal yang berkenaan dengannya ia bersyarat hendaklah dinyatakan.

(2)

Mana-mana perkongsian liabiliti terhad Labuan yang tidak mematuhi subseksyen (1)—

(a)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan

(b)

apabila disabitkan di bawah perenggan (a), hendaklah digulungkan oleh mahkamah menurut peruntukan Bahagian X

(setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer) *Akta Syarikat 1965 [Akta 125]

dan Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972

[P.U. (A) 289/1972], tertakluk pada apa-apa ubah suaian dan penyesuaian yang perlu, dan khususnya, ubah suaian yang disebut dalam subseksyen 67(2).

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 65

(3)

Seseorang pekongsi ditetapkan yang memfailkan perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) tanpa mempunyai alasan yang munasabah bagi pendapatnya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Section 66 — AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010