Malaysia legislation
Section 67
of AKTA PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2010
Seksyen 67
(a)
dalam hal penerimaan sesuatu perkongsian liabiliti terhad
Labuan, peruntukan Bahagian VIII (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer)
*Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai; dan
(b)
dalam hal penggulungan sesuatu perkongsian liabiliti terhad
Labuan, peruntukan Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer)
*Akta Syarikat 1965 dan Kaedah-Kaedah Syarikat
(Penggulungan) 1972, atau seksyen 68 hendaklah terpakai.
(2)
Pemakaian Bahagian VIII dan Bahagian X (setakat yang peruntukan itu berhubungan dengan syarikat berhad menurut syer)
*Akta Syarikat 1965, dan Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972
di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada ubah suaian dan penyesuaian yang perlu, dan khususnya ubah suaian yang berikut:
(a)
sebutan mengenai “syarikat” hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai perkongsian liabiliti terhad Labuan;
(b)
sebutan mengenai “pengarah” atau “anggota” sesuatu syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai pekongsi sesuatu perkongsian liabiliti terhad Labuan;
(c)
sebutan mengenai “memorandum” dan “perkara-perkara syarikat” hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai perjanjian perkongsian sesuatu perkongsian liabiliti terhad
Labuan;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Undang-Undang Malaysia 66
Akta 707
(d)
sebutan mengenai “ketetapan” syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai penentuan atau keputusan perkongsian liabiliti terhad Labuan; dan
(e)
sebutan mengenai “syer” seseorang anggota syarikat hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai kepentingan perkongsian seseorang pekongsi dalam perkongsian liabiliti terhad Labuan.
Tatacara alternatif bagi penggulungan secara sukarela perkongsian liabiliti terhad Labuan